Thursday, March 20, 2014

PETUA DISUKAI RAKAN-RAKAN

Teringat zaman sekolah dulu-dulu..memang ramai kawan..tapi ada jugak orang yang hanya berkawan dengan yang sama taraf..sama cantik..sama pandai jer..huhu apalah nasib..
Tapi zaman sekolah saya adalah zaman yang paling menyeronokkan..sebab saya sekolah di sekolah asrama penuh..kalau dah duduk asrama tu memang dah macam adik-beradik la..

Kat sini saya nak kongsikan petua untuk disukai rakan-rakan..

Apakah petua untuk rakan-rakan menyukai kita..?

1. Jangan sombong. Baik dari segi pergerakan badan, pandangan mata ataupun pertuturan. Anda tidak akan rugi apa-apa jika bersikap rendah diri.

2. Tunjukkan keikhlasan anda. Anda perlu ingat bahawa semua orang ingin dihargai dan merasa diperlukan. Jangan senyum atau menegur orang hanya ketika anda tidak mempunyai kawan. Setelah mendapat kawan, janganlah pula lupa bertegur sapa dengan orang lain.

3. Percaya akan diri sendiri. Kebanyakan orang senang bergaul dan berkawan dengan mereka yang mempunyai rasa percaya terhadap diri sendiri.

4. Mempunyai perdirian teguh. Secara umumnya, ramai orang lebih menghargai mereka yang berani mengutarakan pendapat. Namun demikian, anda perlu pandai membawa diri, jangan berani secara membuta tuli.

5. Bersikap terbuka. Walaupun mempunyai pendapat sendiri, anda mestilah mendengar pendapat orang lain juga. Sebelum menegur kesilapan orang lain, selidik dahulu keperibadiannya. Dia mungkin adalah seorang yang tidak dapat menerima teguran.

6. Meminta pendapat atau buah fikiran adalah lebih baik daripada meminta bantuan terus. Cara begini akan lebih menimbulkan rasa simpati dan keinginan orang lain untuk membantu anda. Jangan suka memotong percakapan orang lain kecuali betul-betul tidak mempunyai pilihan lain. Pastikan anda melakukannya secara halus dan berdiplomasi.

7. Berikan imej yang baik. Jangan bercakap terlalu lama supaya orang lain juga berpeluang untuk bersuara. Ketika anda berada di kalangan ramai, berusahalah agar kehadiran anda dirasai oleh mereka.

8. Jangan sesekali meminta pertolongan orang lain terutamanya pertolongan yang melibatkan hal peribadi sebelum benar-benar mengenali mereka. Ini adalah kerana sesetengah orang kurang senang dengan orang yang gemar meminta pertolongan.

9. Jaga cara berkomunikasi anda terutamanya dengan mereka yang sering memberi informasi yang berguna. Gunakanlah bahasa yang bersesuaian dan nada yang terkawal. Balaslah panggilan telefon orang lain dengan sopan. Cara ini akan membuatkan mereka rasa senang hati untuk menjawab panggilan anda pada masa depan dll..
~ Copy&Paste ~

No comments:

Post a Comment