Friday, March 28, 2014

TANGANI ADIK-BERADIK BERGADUH

Alhamdulillah sekarang saya dah dikurniaan dua anak lelaki..Mereka la buah hati intan payung saya sekarang hehe..Anak saya yang sulung sekarang berumur 2 tahun 6 bulan dan yang ke-2 berumur setahun 3 bulan..beza setahun 3 bulan jer huhu..Memang satu cabaran untuk saya membesarkan anak-anak saya ni..Mana tak nya..yang sulung pun tak cukup dimanja lagi tapi dah dapat adik hehe..Sometimes yang adik pulak yang banyak mengalah dengan karenah abang dier..Sekarang ni bila adik pun dah membesar dan suka menyakat abang dier..memang akan gaduh la jawabnye..

Di sini saya nak kongsikan bacaan saya dari majalah PA&MA..seronok juga dapat baca artikel ni sebab kadang-kadang kalau anak-anak gaduh saya pulak yang jadi tak tau nak buat ape..Nasibla artikel ni sedikit sebanyak membantu saya menangani hal tersebut..Jom baca..

Ibu bapa yang mempunyai lebih daripada seorang anak pasti bersetuju masalah gaduh di kalangan anak-anak adalah perkara normal. Sepanjang tumbesaran, bergaduh adalah sebahagian daripada proses mereka membesar.

Pendek kata memang pening kepala papa dan mama dengan kerenah bergaduh anak-anak. Tetapi bila datang angin baik, macam tidak boleh berenggang mereka bersama-sama. Apa kata kita, kaji apa punca anak-anak suka bergaduh.

Mengapa bergaduh?

*Seorang anak berasa tidak mendapat perhatian seperti mana adik-beradik lain.

*Anak berasa dibebankan dengan banyak tanggungjawab berbanding adik-beradik lain.

*Fasa pembesaran mempengaruhi sikap mereka terhadap orang lain.

*Anak-anak berasa bosan, penat atau lapar dan menyebabkan mereka suka memulakan pergaduhan.

Bagaimana tangani pergaduhan?

*Jangan memihak dan terbabit dalam pergaduhan anak-anak kecuali jika pergaduhan itu boleh mendatangkan kecederaan fizikal.

*Hati-hati dengan anak yang suka mengadu. Mungkin apa yang diadunya betul atau tidak. Mendengar sebelah pihak hanya menyelesaikan perkara itu sekejap sahaja sebelum mereka bergaduh semula.

*Jangan buat perbandingan siapa yang lebih baik dan sebaliknya.

*Luangkan masa berkualiti dengan anak-anak.

*Ajar anak saling bermaafan selepas bergaduh.

*Nasihat dengan baik mengapa tidak boleh bergaduh dan apa kesannya jika bergaduh. Jika anak-anak bergaduh, cuba leraikan dengan baik, jangan tengking atau membebel. 

No comments:

Post a Comment