Thursday, April 10, 2014

TIP MERAWAT ANAK DEMAM TANPA UBAT

Ramai antara ibu bapa sebenarnya hanya mengharapkan kepada panadol/paracetamol atau mungkin antibiotic bila anak mereka demam. Anak-anak mempunyai  daya pertahanan badan yang tersendiri. Apabila mereka demam, daya tahan badan meraka sendiri akan bertindak balas terhadap penyebab demam tersebut.

Sini, saya nak kongsikan tips rawat anak demam panas tanpa ubat dari klinik/hospital/farmasi:

1. Tanggalkan baju anak anda. Jika perlu bukakan sekali seluar mereka. biar mereka berpakaian dalam sahaja atau pampers sahaja.
2. Jangan buka kipas atau aircond. Jika perlu buka kipas untuk pengudaraan, halakan ke arah syiling atau ke tempat lain (kesian anak, sejukkkk nanti)
3. Lap badan anak dan kepala anak dengan kain yang dicelup ke dalam air suam (Sponging). Lap terutama di celah2 ketiak dan belakang lutut juga. Jangan biarkan kain diletakkan kepala anak terlalu lama, untuk mengelakkan panas disimpan di kain tersebut. Kalau boleh jgn pakai cool fever tu..
4.Sentiasa monitor suhu badan anak anda (biasa sangat tu kalau tak boleh nak tidur malam sebab nak monitor suhu dia)
5. Mandikan anak. Yer, mandikan. petua orang lama kata, jangan mandikan. Tapi sebaiknya dimandikan. Agar panas lebih cepat keluar dari badan. Mandi, mulakan dari kaki mereka. terus ke atas. Jangan dari atas ke bawah.
6. Bagilah mereka vitamin C lebih dari biasa. Maximum 400mg sehari bagi kanak-kanak 1-3 tahun dan 600mg sehari bagi kanak-kanak 4-8 tahun.
7. TOLONG JANGAN SELIMUTKAN MEREKA…Panas akan terus tersimpan di dalam badan. Selamat mencuba!! 

No comments:

Post a Comment