Selulit amat sinonim dengan wanita yang berbadan gempal, tetapi sebenarnya ia boleh menyerang sesiapa saja sama ada seseorang itu kurus atau gemuk, lelaki atau wanita.
Secara amnya, selulit adalah lemak pada kulit yang bercantum dengan kolagen. Gabungan kolagen itulah yang memberikan selulit yang memang tidak digemari ramai. Kebiasaannya, selulit terbentuk pada paha, punggung dan kadangkala yangan dan betis.
Selulit boleh dikurangkan dengan pemakanan yang sihat dan aktiviti bersenam. Namun harus diingat, selulit bukanlah terlalu mudah untuk dihilangkan, justeru anda perlu melakukan aktiviti sihat dan mengamalkan makanan makanan berkhasiat secara berterusan. Pendek kata, amalkam kehidupan yang sihat, itu lebih penting.
Terdapat juga produk Shaklee yang boleh membantu anda untuk menghilangkan kesan selulit:
COLLAGEN POWDER - Membantu menegangkan kulit
ESP - membantu menghaluskan kulit
Anda juga harus memberi tumpuan pada amalan gaya hidup aktif dan cergas untuk menegangkan otot dan kulit. Berikut beberapa tip senaman yang boleh diamalkan:
Membengkokkan lutut
Latihan ini membabitkan otot di belakang, paha depan dan paha belakang. Pastikan otot perut anda terbabit untuk menjaga bahagian belakang supaya berada dalam keadaan lurus. Ini akan membantu menambah kesan dalam memerangi selulit.
Sambil anda berdiri, buat satu langkah besar ke hadapan dengan kaki kiri anda. Rendahkan badan dan turun sambil membengkokkan lutut anda. Kemudian bawa kaki kiri anda ke tempat permulaan.
Ulang langkah ini dengan kaki anda pula dan kembali ke tempat permulaan semula seperti tadi. Untuk meningkatkan daya tahan, anda boleh menggunakan bola dengan menahan di dada sambil memegang dumbbell di kedua-dua tangan. Anda perlu ingat, ketika membengkokkan lutut, lutut anda tidak boleh melebihi jari kaki anda. Selain itu anda juga boleh membuat variasi dalam latihan ini.
Letakkan kaki anda seperti anda membengkokkan lutut tadi, turunkan badan dan cuba lompat. Ulang langkah ini dan tukar ke kaki kanan pula, ulang beberapa kali.
Rendahkan badan dan twist!
Latihan ini membabitkan otot bahagian belakang, paha dan perut dalam masa yang sama. Berdiri dan buka kaki anda sejajar dengan lebar bahu anda.
Genggam kedua-dua tangan dan angkat selari dengan dada anda. Kemudian, rendahkan badan sehingga paha anda selari dengan lantai. Twist atau pusingkan badan anda ke kanan. Kemudian, berbalik ke langkah yang pertama sehingga anda rendahkan badan, pusingkan badan anda ke kiri pula. Buat berulang kali.
Mengangkat kaki semasa meniarap
Semasa anda meniarap, cuba angkat kaki kiri anda setinggi yang boleh. Pada masa ini, lutut dan otot di belakang paha anda bekerja keras. Turunkan kaki kiri perlahan-lahan dan ulangi langkah terbabit menggunakan kaki kanan pula. Ulang untuk beberapa set latihan. Jangan sehingga memaksa diri, buat dengan rilaks saja.
Squat thrusts
Latihan ini akan membabitkan otot perut, belakang, paha depan dan paha belakang anda. Tiga langkah yang terbabit iaitu pertama, berdiri seperti biasa, kedua - turunkan badan anda seperti keadaan mencangkung dengan kedua-dua tangan diletakkan di atas lantai di hadapan kedua-dua kaki anda. Ketiga, luruskan kaki anda ke belakang seperti posisi untuk tekan tubi. Ulang tiga langkah ini berkali-kali.
Berjalan
Berjalan salah satu jenis latihan kardiovaskular. Ia bukan saja membantu membakar kalori, malah membantu membina otot pada bahagian kaki dan belakang. Seseorang yang berjalan dengan laju dapat membakar kalori lebih daripada 360 kalori dalam masa sejam. Jika anda cuba untuk joging dan berjalan secara berselang-seli, ini dapat menambah lagi pembakaran kalori.
SUMBER:MYMETRO
No comments:
Post a Comment