Sakitnya tak terkata..memang tak terkata sebab susah nak bercakap kalau penyakit ni dah tumbuh dalam mulut kita kannnn...kekadang memang ambil masa yang lama untuk sembuh..Kita akan mudah mendapat ulser mulut akibat kekurangan zat-zat di dalam badan. Di sini saya nak kongsikan mengenai penyakit ulser mulut ni..
Apakah ulser mulut?
Ulser mulut adalah sebarang jenis ulser yang terjadi di dalam rongga mulut.
Apakah yang menyebabkan ulser mulut?
Terdapat banyak-banyak sebab dan ini boleh meliputi :
- Punca dari kecederaan (trauma) fizikal seperti tergigit atau terkena alat-alat tajam
- Kekurangan setengah zat-zat seperti zat besi, asid folik dan vitamin B 12.
- Daya tahan badan yang berkurangan
- Jangkitan bakteria, virus atau kulat.
- Alahan / reaksi alergik
- Faktor keturunan
- Kesan –kesan radioterapi / kimioterapi
- Kesan-kesan dari penyakit sistemik
- Kanser mulut
- Sebab-sebab yang tidak diketahui (ulser afta)
Apakah ulser afta?
Ulser afta juga dikenali sebagai kudis mulut atau mata ikan. Ulser afta adalah luka atau kudis dalam mulut, yang terjadi berulang kali samada secara sebiji atau berbilang biji. Ia selalu sembuh tanpa meninggalkan parut.
![]() | ![]() |
Apakah ciri-ciri ulser afta?
Ulser afta merupakan luka dalam mulut yang berwarna putih atau kuning yang dikelilingi oleh warna kemerahan. Ulser ini boleh mempunyai saiz yang berbeza-beza dan menyakitkan. Tanda yang ketara ialah kesakitan dan kemerahan di sekeliling tompokan ulser (luka/ kudis) di mana ia boleh berlarutan selama 7 hingga 14 hari.
Apakah gejala yang timbul berkaitan dengan ulser afta?
Ia sering dihubungkaitkan dengan :
- Rasa membakar di dalam mulut
- Kesakitan
- Ketidakselesaan yang berpanjangan
- Hilang selera makan
- Demam
Berapa lamakah ulser afta akan sembuh?
Kesakitan akan berkurangan dalam tempoh 3 - 4 hari tetapi ulser biasanya akan mengambil masa 10 - 14 hari untuk sembuh sepenuhnya.
Komplikasi ulser afta
Ulser berkemungkinan menjadi lebih teruk sekiranya ada jangkitan kuman. Pesakit mungkin menghadapi kesukaran semasa makan.
Apakah yang boleh dilakukan untuk mengurangkan rasa sakit?
Cuba petua di bawah untuk menghilangkan rasa sakit :
- Berkumur dengan bahan kumuran antiseptik.
- Sapukan gel analgesik atau gel penahan sakit
- Kekalkan kesihatan mulut yang baik.
- Makan makanan yang lembut.
- Kurangkan makanan pedas dan berempah.
- Minum air secukupnya.
Perhatian
Dapatkan pemeriksaan di klinik pergigian jika ulser berlanjutan selepas dua minggu untuk memastikan ia bukan disebabkan oleh keadaan yang lebih serius seperti kanser mulut atau penyakit sistemik.
SUMBER:MYHEALTH, KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA


No comments:
Post a Comment