Thursday, February 20, 2014

SOLAT SUNAT DHUHA

Solat Dhuha merupakan amalan sunat yang di galakkan kita amalkan nya. Ia dikatakan sebagai "pembuka rezeki" sebagaimana yang di nyatakan dalam hadis Rasulullah tercinta kita SAW.  
Solat ini boleh dilakukan 2, 4, 6, hingga 12 rakaat. 



Cara Ringkas Solat @ Sembahyang Sinat Dhuha : 
Rakaat : 2,4,6 hingga 12
Waktu : 10 pagi atau antara 7am - 1pm sebelum waktu Zohor. 
"Solat Dhuha ini afdalnya ketika matahari telah meninggi dan kian panas sinarnya.
"Imam Nawawi menghuraikan masa tersebut sebagai masa berlalunya seperempat tempoh siang hari iaitu pukul 10 pagi hingga 1 petang (Kitab Al-Majmu;' karangan Imam Nawawi).


1. Rakaat Pertama "Allahuakbar"& Niat dalam hati :
✿ "Sahaja aku sembahyang sunat Dhuha 2 rakaat kerana Allah Ta'ala"
✿  Baca Alfatihah hingga akhir
✿  Baca Surah, pendek pun takpa. (paling elok surah As-Syams )

2. Rakaat Kedua  
✿  Baca Alfatihah hingga akhir
✿  Baca Surah, pendek pun takpa. (paling afdhal surah Addhuha)
✿  Tahiyyat akhir & Beri Salam.. 

3. Doa  
✿ Mohon Allah murahkan rezeki kita..berkati kerja kita.
✿  Doa apa sahaja..mengadulah pada Allah..
✿  Paling mantap guna Doa ini khas untuk waktu Dhuha :


Maksudnya:
 Ya Allah, 
sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu  DhuhaMu, 
kecantikannya adalah kecantikanMu,
keindahan itu keindahanMu, 
kekuatan itu kekuatanMu,
kekuasaan itu kekuasaanMu 
dan perlindungan itu perlindunganMu.
Ya ALLAH, 
jika rezekiku masih di langit, turunkanlah,dan
jika  di dalam bumi, keluarkanlah,
jika sukar, permudahkanlah,
jika haram, sucikanlah dan
jika jauh, dekatkanlah.
Berkat waktu dhuha, kecantikan. keindahan, kekuatan, kekuasaanMu,
Limpahkanlah kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh.. 
~Amennn Ya Rabbal Alamin..~

Thursday, February 13, 2014

TIPS HILANGKAN BATUK TANPA GUNAKAN UBAT

Untuk pengetahuan parents semua, menurut kajian oleh Canadian Family Physician, ubat batuk bahaya untuk kanak-kanak dibawah umur 4 tahun. Penggunaan ubat batuk boleh menyebabkan kematian!!

Tapi parents boleh amalkan tips ini untuk kurangkan batuk anak-anak. InsyaAllah.. jika diizinkanNya , berkesan.

1) Rehatkan anak:
Tenaga diperlukan untuk melawan jangkitan. Dengan rehat yang cukup, proses penyembuhan dapat berlaku

2) Mandi air Suam (semua peringkat umur)
air suam membantu mencairkan kahak dalam rongga hidung dan tekak.
- juga membantu merehatkan minda anak-anak.

3) Saline drops dan Bulb syringe (semua peringkat umur)
- penggunaan saline drops melegakan hidung tersumbat.
- Bulb syringe bagus digunakan untuk bayi. gunakan 15 minit sebelum menyusu baby, supaya penyusuan lebih lancar.

4) Vapor rubs ( 3 bulan keatas)
kajian menunjukkan kandungan vapor rubs tiada kesan keatas hidung yang tersumbat, tetapi ia membantu anak bernafas dengan lebih baik keran kesan penyejukan bahan vapor rubs

5) Banyakkan minum air ( 6 bulan keatas)
Air membantu mencegah kekeringan dan mengurangkan hingus dan kahak

6) Sup panas/suam ( 6 bulan keatas)
Sup panas bantu melegakan hidung yang tersumbat

7) Meninggikan kepala anak semasa tidur (12 bulan keatas)
tinggikan kepala anak semasa tidur dengan meletakkan kain atau bantal yang lebih. keadaan ini membantu anak bernafas dengan lebih baik

8) Madu ( 12 bulan keatas)
Menurut kajian, madu dapat melegakan sakit kerongkong dan juga membantu menghilangkan kahak. Malah Nabi Muhammad SAW bersabda: "Barangsiapa minum madu setiap bulan dengan niat melakukan nasihat Al-Quran, maka Allah SWT akan menyembuhkannya dari 77 penyakit".

9) Ajar anak keluarkan kahak ( 2tahun keatas)
Ajar anak keluarkan kahak sendiri jika dia dah cukup besar dan pandai keluarkan kahak.

10)Berkumur dengan air garam ( 4 tahun dan keatas)
ini boleh mengurangkan sakit tekak dan batuk, juga membantu mengeluarkan kahak dari kerongkong.



Alhamdulillah selepas saya mengamalkan produk Mealshake dan Omega Guard Shaklee untuk kedua-dua putera kesayangan saya..kini mereka jarang jatuh sakit malah semakin sihat dan aktif seharian..Jika dulu, kalau anak-anak terkena batuk akan ambik masa sampai sebulan untuk sembuh...

Monday, February 10, 2014

KASIH SAYANG

Assalamualaikum...

Saya sayang suami saya...Alhamdulillah syukur Ya Allah dengan jodoh-Mu...Kalau nak bermadah romantis ni saya kurang pandai..Saya doakan semoga jodoh kita kekal hingga ke Jannah..Amin Ya Allah..

Di sini saya nak kongsikan petua untuk sinar kebahagiaan kehidupan..

Petua Pengikat Kasih Sayang

Jika ada wanita yang mengalami masalah suami liar atau curang, hendaklah banyak bersabar dan berdoa. Amalkan doa ini.

"Dan Tuhanmu berfirman, berdoalah kepada-Ku nescaya akan Ku perkenankan bagimu." [Surah Al-Ghaafir: ayat 60]

Antara doa pengikat kasih sayang yang baik diamalkan ialah:

"Ya Allah ya Tuhanku, selamatkanlah perjalanan suamiku pergi dan pulangnya. Dekatkanlah rezeki yang suamiku cari. Kuatkanlah kasih sayang suamiku hanya padaku seorang. Bantulah suamiku ketika aku tidak mampu membantunya. Elakkanlah suamiku daripada teringin kepada apa yang Engkau tegah. Cenderungkanlah hatinya kepada apa yang Engkau perintahkan."

Doa ini hendaklah dibaca ketika di belakang suami sehingga dia hilang daripada pemandangan mata setiap kali dia keluar meninggalkan rumah. Tidak kira samada ketika dia hendak pergi ke tempat kerja atau ke mana sahaja. Amalkan setiap masa semoga suami tidak mudah tergoda dengan godaan-godaan di luar dan sentiasa di jalan yang benar.

Semoga berkat doa yang tidak putus-putus itu akan mengembalikan hati seorang suami untuk mengikuti kemuliaan peribadi Rasulullah SAW.

"Sesungguhnya telah ada pada diri Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (iaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan kedatangan hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah."
[Surah Al-Ahzab: ayat 21].

Friday, February 7, 2014

BERJAYA BERSAMA SHAKLEE

Jadi ahli/pengedar Shaklee

Kami sangat mengalu- alu kan anda untuk mendaftar sebagai pengedar Shaklee dengan hanya RM 75 (untuk Semenanjung Malaysia) atau RM 85 (untuk Sabah Sarawak)
Anda juga boleh dapatkan keahlian percuma dengan pembelian barang bernilai 200 points (lebih kurang RM 700 untuk Semenanjung & RM 900+ untuk Sabah Sarawak.)
Rujuk senarai harga barang dan nilai points barang di SINI. Anda juga boleh berkongsi -kongsi beli dengan keluarga, rakan ofis, jiran, saudara- mara.
Ganjaran Menarik Untuk Pengedar Shaklee Yang Berdaftar Bersama Kami:
Daftar untuk makan sendiri:
  • Anda boleh kumpul points dan dapat cash back dari Shaklee
  • Anda boleh kongsi ID dengan rakan- rakan dan keluarga
  • Anda akan di jemput ke Group Eksklusif Tertutup tempat kita berbincang dan bertanya mengenai supplement dan kesihatan
Daftar untuk jana pendapatan dari rumah:
  • Bimbingan dan sokongan berterusan, kita tak tinggalkan ahli yang serius ingin buat bisnes :)
  • Tutorial dan coaching secara online, tak perlu keluar rumah atau attend meeting sana- sini
  • Kelas yang boleh dijalankan di rumah anda sendiri bersama anak- anak dan pasangan
  • Peluang mempelajari ilmu pemasaran secara online, duduk je depan laptop atau just buat via gadget ;)
  • Peluang mempelajari teknik SEO, FBAds dan Teknik Menjual Tanpa Menjual
Dan banyak lagi!
 DAFTAR SEKARANG  sebagai pengedar Shaklee!

Wednesday, February 5, 2014

Saya Suka Shaklee

Dahulu saya dilema anak saya yang berusia setahun mengalami masalah kurang berat badan..Selepas dua bulan berturut-turut berat badannya masih di tahap kurang berat badan..Oleh itu, saya berusaha untuk mencari produk yang sesuai untuk anak saya bagi meningkatkan berat badannya..Sehinggalah saya berminat untuk mencuba produk Shaklee Meal Shakes..Alhamdulillah dengan usaha saya itu saya dapat mengatasi maslaah berat badan yang dialami oleh anak saya.. seronoknya melihat anak membesar..Kerana percaya dengan produk Shaklee saya mendaftar sebagai ahli dan sekarang saya sekeluarga mengamalkan produk Shaklee sebagai makanan tambahan untuk hidup yang lebih sihat dan bertenaga..