Tuesday, April 22, 2014

TIPS JAGA BERAT BADAN

Siapa yang tak nak bentuk badan yang cantik kan...hehe..kalau nak, usaha pun kena jugak la..tak boleh nak harapkan supplement untuk kurus jer..kena la amalkan pemakanan yang sihat dan senaman jugak..Kalau anda betul-betul nak jaga berat badan anda, terutamanya ibu yang telah melahirkan anak dan berat badan telah naik bertingkek-tingkek..jom..kita amalkan tips untuk jaga berat badan nie..

1. Mulakan hari anda dengan menu dan jumlah sarapan yang mencukupi. Ini akan membantu mengurangkan jumlah kalori sepanjang hari.
2. Pastikan setengah hidangan untuk makan tengahari dan makan malam mengandungi sayuran dan buah-buahan
3. Makanlah sedikit sebelum anda menghadiri majlis makan malam. Ambillah telur rebus, epal dan minumlah teh sebelum ke majlis tersebut. Ini akan mengurangkan nafsu makan di majlis itu
4. Tambahkan satu hidangan untuk buah-buahan dan sayuran pada menu anda. Jika anda sudah lakukan, anda boleh tambahkan hidangan ini sehingga lapan hidangan sehari untuk sayuran dan buah-buahan.
5. Untuk setiap hidangan, jangan sesekali menggunakan pinggan yang besar. Gunalah piring salad setiap kali anda makan tengahari dan makan malam
6. Ambillah hidangan sup yang lebih banyak. Sup biasanya rendah kalori dan membuatkan anda cepat kenyang.
7. Bawalah bekal ke pejabat. Ini untuk membantu mengelakkan anda makan tengahari secara berlebihan.
8. Cubalah untuk tidak mengambil gula selama dua minggu. Mesti rasanya luar biasa dan menutup nafsu makan anda. Namun, jika anda bertahan, pasti akan menjadi kebiasaan.
9. Jangan ‘jadikan’diri anda gemuk dengan ‘memenuhi’ permintaan perut.Anda masih boleh mengambil 600 kalori dengan biskut atau bijirin tanpa anda sedari.
10. Jika anda suka mengunyah ketika stres, inilah masanya untuk berubah. Anda harus fokus mencari cara lain yang lebih sihat. Carilah jalan untukmengatasi stres tanpa melibatkan makanan.
11. Berusahalah untuk mengambil menu rendah kalori sebelum mengambil hidangan lain. Mulakan dengan salad, sayuran dan sup. Apabila tiba pada makanan utama, sudah tentu perut anda penuh untuk menerima menu tinggi kalori
12. Ambillah sarapan pagi, makan tengahari dan makan malam. Sebahagian dari anda suka hobi makan di tengah malam. Ini adalah cara mereka yang makan tidak teratur atau suka mengambil makanan tidak seimbang.
13. Jadikan makanan sebagai hidangan yang mempunyai tujuan iaitu ‘hidup sihat’. Nikmatilah makanan itu dan yakin bahawa makanan itu akan memberikan nutrisi pada badan anda.
14. Ubahlah jadual makan malam anda. Kalau kebiasaan anda suka mengunyah, cubalah kurangkan sedikit demi sedikit. Lama kelamaan ia akan membuatkan tangan dan fikiran andalupa pada snek malam.
15. Jadikan aerobik sebagai aktiviti yang menyenangkan. Ajaklah keluarga untuk bergerak dengan muzik kegemaran anda
16. Tulis di atas sekeping kertas ‘tutup selepas makan malam’. Tampalkan di pintu peti
17. Gosoklah gigi selepas waktu makan malam. Ini untuk mengingatkan anda bahawa waktu makan sudah habis.
18. Bersenamlah dan jadikan ia sebagai kegiatan yang menyihatkan.
19. Makanlah ketika tiba waktu makan. Jangan sesekali melakukan perkara lain pada waktu makan seperti membaca, menonton televisyen atau melayari internet.
20. Sebelum anda membeli belah, berjalanlah sebanyak tiga pusingan di pusat membeli belah tersebut.

Monday, April 21, 2014

TIPS RAWAT SENGGUGUT

Anda selalu senggugut? Sesetengah wanita akan mengalami senggugut ketika didatangi haid. Ia adalah sakit kejang yang hadir di bahagian pinggang. Kita boleh hilang tumpuan semasa melakukan aktiviti atau pekerjaan jika senggugut datang dan memang akan mengganggu emosi wanita berkenaan.


Antara petua yang boleh diamalkan untuk mengelakkan dari sakit senggugut ini menyerang ketika datang haid adalah :

1. Minum air kerap
Air sebenarnya membantu dalam mengelakkan sakit senggugut ketika haid. Air suam ataupun panas, kedua-duanya baik untuk melegakan kekejangan kerana ia melancarkan perdaran darah dan boleh merehatkan otot yang kejang.

2. Elak kafein
Kurangkan atau sebaiknya hentikan seketika mengambil kafein dapat mengurangkan senggugut dan tekanan ketika haid. Minum teh chamomile untuk meredakan senggugut.


3. Pemanas
Tuam pad/kantung pemanas di bahagian abdomen dan bahagian bawah belakang badan dapat melegakan kesakitan senggugut secara berkesan seperti mengambil pil tahan sakit. Jika anda tidak mempunyai kantung air panas atau pad pemanas, mandi dengan air suam atau gunakan tuala yang direndamkan dengan air panas.


4. Bersenam
Akitivi bersenam sebelum atau ketika datang haid semestinya membuatkan anda rasa malas dan tidak mungkin kerana kekejangan yang dialami anda sudah cukup buat anda rasa sakit. Namun, sebenarnya jika anda melakukan aktiviti yoga atau aerobik ia dapat melancarkan peredaran darah dalam tubuh badan, dan ini boleh terhasilnya endorfin yang dapat mengurangkan senggugut.

5. Air halia
Halia dipercayai membantu dalam menyembuhkan demam, simptom selesema, sakit kepala, dan senggugut. Hiris halia, campur ke dalam secawan air panas dan minum untuk melegakan senggugut.

Mengandungi asid gamma linolenik digunakan secara tradisional bagi melegakan kesakitan semasa datang haid. 

Nak dapatkan produk Shaklee, hubungi saya yer..

ASTIAZILYNA RABAT
SMS/WECHAT : 012-8970987

PETUA WAJAH BERSERI-SERI

Selalunya saya kongsikan tips bermasker untuk dapatkan kulit wajah yang cerah berseri..tapi kali ini saya nak kongsikan beberapa petua yang kita boleh amalkan bersama untuk mendapatkan wajah yang berseri..

5 Petua untuk Mendapatkan Wajah Yang Berseri:
1. Sentiasa senyum dan bersangka baik dengan orang lain
2. Sentiasa berwuduk.
3. Cuci muka sebelum tidur dengan air bersih.
4. Amalkan berselawat 3 kali, kemudian tiup ke atas bedak muka setiap kali sebelum berbedak dan membaca doa ini; “Ya Allah, serikanlah wajahku agar yang memandang berasa senang denganku”
5. Ketika bersolek di depan cermin ,baca doa ini; “Ya Allah, sebagaimana Kau cantikkan wajahku maka perelokkanlah pekertiku”
Sama-samalah kita kongsikan dan amalkan yer..inshaAllah dengan izinNya...


TIPS HILANGKAN SELULIT

Selulit amat sinonim dengan wanita yang berbadan gempal, tetapi sebenarnya ia boleh menyerang sesiapa saja sama ada seseorang itu kurus atau gemuk, lelaki atau wanita. 
Secara amnya, selulit adalah lemak pada kulit yang bercantum dengan kolagen. Gabungan kolagen itulah yang memberikan selulit yang memang tidak digemari ramai. Kebiasaannya, selulit terbentuk pada paha, punggung dan kadangkala yangan dan betis.
Selulit boleh dikurangkan dengan pemakanan yang sihat dan aktiviti bersenam. Namun harus diingat, selulit bukanlah terlalu mudah untuk dihilangkan, justeru anda perlu melakukan aktiviti sihat dan mengamalkan makanan makanan berkhasiat secara berterusan. Pendek kata, amalkam kehidupan yang sihat, itu lebih penting.
Terdapat juga produk Shaklee yang boleh membantu anda untuk menghilangkan kesan selulit:
COLLAGEN POWDER - Membantu menegangkan kulit
ESP - membantu menghaluskan kulit
Anda juga harus memberi tumpuan pada amalan gaya hidup aktif dan cergas untuk menegangkan otot dan kulit. Berikut beberapa tip senaman yang boleh diamalkan: 

Membengkokkan lutut 

Latihan ini membabitkan otot di belakang, paha depan dan paha belakang. Pastikan otot perut anda terbabit untuk menjaga bahagian belakang supaya berada dalam keadaan lurus. Ini akan membantu menambah kesan dalam memerangi selulit. 
Sambil anda berdiri, buat satu langkah besar ke hadapan dengan kaki kiri anda. Rendahkan badan dan turun sambil membengkokkan lutut anda. Kemudian bawa kaki kiri anda ke tempat permulaan. 

Ulang langkah ini dengan kaki anda pula dan kembali ke tempat permulaan semula seperti tadi. Untuk meningkatkan daya tahan, anda boleh menggunakan bola dengan menahan di dada sambil memegang dumbbell di kedua-dua tangan. Anda perlu ingat, ketika membengkokkan lutut, lutut anda tidak boleh melebihi jari kaki anda. Selain itu anda juga boleh membuat variasi dalam latihan ini. 

Letakkan kaki anda seperti anda membengkokkan lutut tadi, turunkan badan dan cuba lompat. Ulang langkah ini dan tukar ke kaki kanan pula, ulang beberapa kali. 


Rendahkan badan dan twist! 

Latihan ini membabitkan otot bahagian belakang, paha dan perut dalam masa yang sama. Berdiri dan buka kaki anda sejajar dengan lebar bahu anda. 

Genggam kedua-dua tangan dan angkat selari dengan dada anda. Kemudian, rendahkan badan sehingga paha anda selari dengan lantai. Twist atau pusingkan badan anda ke kanan. Kemudian, berbalik ke langkah yang pertama sehingga anda rendahkan badan, pusingkan badan anda ke kiri pula. Buat berulang kali. 


Mengangkat kaki semasa meniarap 

Semasa anda meniarap, cuba angkat kaki kiri anda setinggi yang boleh. Pada masa ini, lutut dan otot di belakang paha anda bekerja keras. Turunkan kaki kiri perlahan-lahan dan ulangi langkah terbabit menggunakan kaki kanan pula. Ulang untuk beberapa set latihan. Jangan sehingga memaksa diri, buat dengan rilaks saja. 


Squat thrusts 

Latihan ini akan membabitkan otot perut, belakang, paha depan dan paha belakang anda. Tiga langkah yang terbabit iaitu pertama, berdiri seperti biasa, kedua - turunkan badan anda seperti keadaan mencangkung dengan kedua-dua tangan diletakkan di atas lantai di hadapan kedua-dua kaki anda. Ketiga, luruskan kaki anda ke belakang seperti posisi untuk tekan tubi. Ulang tiga langkah ini berkali-kali. 


Berjalan 

Berjalan salah satu jenis latihan kardiovaskular. Ia bukan saja membantu membakar kalori, malah membantu membina otot pada bahagian kaki dan belakang. Seseorang yang berjalan dengan laju dapat membakar kalori lebih daripada 360 kalori dalam masa sejam. Jika anda cuba untuk joging dan berjalan secara berselang-seli, ini dapat menambah lagi pembakaran kalori.
SUMBER:MYMETRO

ULSER MULUT

Sakitnya tak terkata..memang tak terkata sebab susah nak bercakap kalau penyakit ni dah tumbuh dalam mulut kita kannnn...kekadang memang ambil masa yang lama untuk sembuh..Kita akan mudah mendapat ulser mulut akibat kekurangan zat-zat di dalam badan. Di sini saya nak kongsikan mengenai penyakit ulser mulut ni..

Apakah ulser mulut?
Ulser mulut adalah sebarang jenis ulser yang terjadi di dalam rongga mulut.
Apakah yang menyebabkan ulser mulut?
Terdapat banyak-banyak sebab dan ini boleh meliputi :
  • Punca dari kecederaan (trauma) fizikal seperti tergigit atau terkena alat-alat tajam
  • Kekurangan setengah zat-zat seperti zat besi, asid folik dan vitamin B 12.
  • Daya tahan badan yang berkurangan
  • Jangkitan bakteria, virus atau kulat.
  • Alahan / reaksi alergik
  • Faktor keturunan
  • Kesan –kesan radioterapi / kimioterapi
  • Kesan-kesan dari penyakit sistemik
  • Kanser mulut
  • Sebab-sebab yang tidak diketahui (ulser afta)
Apakah ulser afta?
Ulser afta juga dikenali sebagai kudis mulut atau mata ikan. Ulser afta adalah luka atau kudis dalam mulut, yang terjadi berulang kali samada secara sebiji atau berbilang biji. Ia selalu sembuh tanpa meninggalkan parut.
  
Apakah ciri-ciri ulser afta?
Ulser afta merupakan luka dalam mulut yang berwarna putih atau kuning yang dikelilingi oleh warna kemerahan. Ulser ini boleh mempunyai saiz yang berbeza-beza dan menyakitkan. Tanda yang ketara ialah kesakitan dan kemerahan di sekeliling tompokan ulser (luka/ kudis) di mana ia boleh berlarutan selama 7 hingga 14 hari.
Apakah gejala yang timbul berkaitan dengan ulser afta?
Ia sering dihubungkaitkan dengan :
  • Rasa membakar di dalam mulut
  • Kesakitan
  • Ketidakselesaan yang berpanjangan
  • Hilang selera makan
  • Demam

Berapa lamakah ulser afta akan sembuh?
Kesakitan akan berkurangan dalam tempoh 3 - 4 hari tetapi ulser biasanya akan mengambil masa 10 - 14 hari untuk sembuh sepenuhnya.
Komplikasi ulser afta
Ulser berkemungkinan menjadi lebih teruk sekiranya ada jangkitan kuman. Pesakit mungkin menghadapi kesukaran semasa makan.
Apakah yang boleh dilakukan untuk mengurangkan rasa sakit?
Cuba petua di bawah untuk menghilangkan rasa sakit :
  • Berkumur dengan bahan kumuran antiseptik.
  • Sapukan gel analgesik atau gel penahan sakit
  • Kekalkan kesihatan mulut yang baik.
  • Makan makanan yang lembut.
  • Kurangkan makanan pedas dan berempah.
  • Minum air secukupnya.
Perhatian
Dapatkan pemeriksaan di klinik pergigian jika ulser berlanjutan selepas dua minggu untuk memastikan ia bukan disebabkan oleh keadaan yang lebih serius seperti kanser mulut atau penyakit sistemik.

SUMBER:MYHEALTH, KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Wednesday, April 16, 2014

TIP RAWAT CIRIT-BIRIT DAN SAKIT PERUT

Cirit-birit bukanlah sejenis penyakit tetapi adalah gejala kepada penyakit tertentu. Ia akan terhenti selepas rawatan simptomatik diberi serta-merta. Pada dewasa, keadaan ini tidaklah serius tetapi jika pendehidratan tidak dirawat dengan segera, ia mungkin mengakibatkan maut.

Untuk rawatan segera bagi mengatasi masalah sembelit ini, saya pastikan produk Shaklee iaitu Performance Drink Shaklee, Nutriferon dan Peppermint Ginger sentiasa ada di rumah saya. Inilah cara saya mengatasi masalah cirit-birit untuk keluarga saya.



PERFORMANCE DRINK - MENGURANGKAN KEHILANGAN BENDALIR BAGI MENINGKATKAN HIDRASI


NUTRIFERON - UNTUK KUATKAN SISTEM IMUN

PEPPERMINT GINGER - HERBA TERBAIK DALAM MEMELIHARA SALURAN PENGHADAMAN DAN MEMPUNYAI CIRI-CIRI SEMULAJADI YANG NYAMAN DAN DAPAT MELEGAKAN SENAK PERUT

Nak dapatkan produk Shaklee, hubungi saya ye..

ASTIAZILYNA RABAT
SMS/WECHAT : 012-8970987
SID : 1108208




BAUAN DARI SYURGA

Siapa suka cium bayi? Anda perasan tak..kita suka sangat cium anak kita..kalau dah cium sekali, mesti nak lagi..nak lagi..terutamanya bayi yang baru lahir..ciuman tu memang ciuman yang tak penah puas..Perasan tak setiap kali kita cium baby, ada 1 bau yang amat menyenangkan walaupun kita tak letak perfume or bedak dekat anak. Baunya sangat selesa dan mendamaikan hidung. Bau ini lama-lama akan beransur hilang apabila bayi semakin membesar dr bulan ke bulan. Tahukah anda bau apa itu?

 "Bau bayi itu (berasal) dari bau SYURGA"


TIPS MELEMBAPKAN KULIT WAJAH

Assalamualaikum..

Aritu saya dah kongsikan TIP PENJAGAAN KULIT DI RUMAH.. Ada yang dah cuba ke? harap-harap ada la kan.. arini pulak saya nak sambung tip penjagaan kulit di rumah dengan kongsikan cara untuk melembapkan kulit wajah..caranya mudah je tau..hehe.. di sini saya nak kongsikan cara buat masker untuk melembapkan kulit wajah anda..

Bahan-bahannya :

1 SUDU TEH COLLAGEN POWDER

Saya gunakan Collagen powder Shaklee..
1 SUDU BESAR PLAIN YOGURT


Cara-caranya :

1. Gaulkan collagen powder bersama plain yogurt.
2.Sapukan di muka
3. Biarkan selama 30 minit
4. Cuci dengan air bersih

Mudahkan..

Berminat nak dapatkan collagen powder Shaklee..hubungi saya ye..

ASTIAZILYNA RABAT
SMS/WECHAT : 012-8970987
SID : 1108208

                                                                                                                                                      

ZINC COMPLEX

ZINC COMPLEX

Zink merupakan mineral yang perlu ada dalam setiap sel tubuh kita.  Ia merangsang
 tindakan bagi 100 enzim iaitu bahan-bahan yang menggalakkan reaksi-reaksi biokimia dalam tubuh kita. 

Menyokong dan Memelihara Kesihatan yang Baik
Zink Complex Shaklee merupakan faktor dalam memelihara kesihatan yang baik dan membantu dalam memetabolismekan karbohidrat, lemak dan protein.  Ia juga menyediakan kalsium untuk memelihara kesihatan.*

Produk ini mengandungi alfalfa (Medicago sativa). Individu yang menghidap lupus eritematosus sitemik perlu meminta khidmat rundingan pakar sebelum mengambil produk ini.



PERMAINAN PETANQUE

Arini saya nak kongsikan satu game yang jarang-jarang orang nak join..ada jugak yang tak penah dengar lagi pasal game ni huhu..Permainan PETANQUE..korang penah dengar ke?hehe Saya sendiri baru tau tentang game ni tahun 2009..tu pun ofis yang hantar nama pegi join bengkel game ni..saya turun jer..mulanya tak seronok..tapi bila dah faham dengan game, rules jumpa geng-geng yang memang semangat bila main game ni..jadi seronok la..sekarang ni dah famous jugak la game ni kat Malaysia..

Di Malaysia sukan ini diperkenalkan oleh Prof Diraja Ungku Aziz (Naib Canselor UM) dan YDP Angkasa pada tahun 1989. Pada tahun 1990 upacar permainan ini telah disempurnakan oleh YB Datuk Seri Najib Tun Razak (ketika itu Menteri Belia dan Sukan Malaysia) pada 22 Mac 1990 di Padang Jalan Timur, Petaling Jaya sebagai salah satu acara sukan negara. Sehingga kini sukan ini terus dianggat martabatnya ke peringkat kebangsaan oleh ANGKASA.


Peralatan untuk permainan Petanque :


  • Bola - mesti menepati The Federation Internationali De Petanq et Jeu Provecal
  • Jek (cochonnets) - bola bulat kecil dicat dan menentukan bola yang paling hampir
  • Pita Pengukur


Untuk kiraan mata, bola besi yang paling banyak hampir dengan jek dianggap pemenang..


Monday, April 14, 2014

B COMPLEX

B COMPLEX


Vitamin B Penting untuk Kesihatan yang baik

Adakah anda mendapat vitamin B yang mencukupi? Tekanan harian, tabiat pemakanan yang tidak sihat dan sesetengah bahan ubatan boleh meningkatkan risiko kekurangan bekalan vitamin B anda. Justeru itu, vitamin B merupakan keperluan asas dalam diet sihat kita.

B yang Lengkap dan Seimbang
B Complex Shaklee menawarkan vitamin B yang lengkap, mengandungi 8 jenis vitamin B bagi membantu memelihara kesihatan yang baik.
•    B1, B2, B3, B6, biotin dan asid pantotenik membantu badan menukarkan protein, lemak dan 
      karbohidrat kepada tenaga.*
•    Asid folik dan B12 membantu dalam pembentukan sel-sel darah merah di dalam tubuh.  Jumlah 
    asid folik yang mencukupi dalam diet harian membantu mencegah kecacatan tiub neural bagi wanita 
     yang merancang kehamilan sebelum konsepsi dan semasa 12 minggu tempoh kehamilan bagi dos         harian sebanyak 400 mcg.*


TIPS RAWAT ANAK SEMBELIT

Masalah sembelit di kalangan kanak-kanak bersifat sementara tetapi jika masalah berlarutan, ia boleh membahayakan dan perlu mendapatkan nasihat daripada doktor. Sembelit adalah masalah kekerapan membuang air besar menjadi kurang atau sukar untuk membuang air besar. Antara faktor yang menyebabkan masalah sembelit di kalangan kanak-kanak adalah :
  • Pengambilan serat yang tidak mencukupi
  • Pengambilan cecair yang tidak mencukupi
  • Kurang bersenam
  • Menahan keinginan untuk membuang air besar
  • Mempunyai penyakit yang menyebabkan sembelit seperti Hirschprung atau hypothyrodism
  • Ubat-ubatan seperti narcotic, analgesic


Bagaimana mengatasi masalah kanak-kanak sembelit?

Di sini saya ingin kongsikan produk Shaklee yang boleh membantu menangani masalah sembelit di kalangan kanak-kanak. Seperti mana yang kita tahu, amatlah susah untuk kita menyediakan makanan yang cukup khasiat kepada anak-anak terutamanya sayuran dan buah-buahan. Meal Shakes Shaklee adalah jawapan kepada masalah anak-anak anda. Ia merupakan minuman yang kaya dengan kanndungan serat di samping mengandungi Vitamin B-12 yang merupakan komponen Vitamin B yang berfungsi untuk melancarkan penghadaman perut. 

Selain itu, pastikan anak anda minum air yang secukupnya. Air juga membantu proses pembuangan najis anak anda dengan mudah.




Berminat untuk mendapatkan produk Shaklee, hubungi saya ye..

ASTIAZILYNA RABAT
SMS/WECHAT : 012-8970987
SID : 1108208







VITA-E COMPLEX

VITA-E COMPLEX

Vita-E complex mengandungi vitamin E (d-alfa tokoferol) asli dari minyak sayuran. Ia juga mengandungi selenium yang melengkapi fungsi vitamin E. 

Setiap kapsul gel lembut memberikan:
•    400IU vitamin E semulajadi dan 10mcg selenium.
•    Membantu dalam memelihara kesihatan baik.


CHEWABLE VITA-C PLUS

CHEWABLE VITA-C PLUS 



Vitamin C memainkan peranan penting dalam memelihara kandungan antioksidan 

semulajadi tubuh dan ianya penting untuk tulang, gigi dan gusi yang sihat serta keseluruhan

 kesihatan yang baik. Vitamin C tambahan diperlukan bagi ibu-ibu mengandung dan yang

 sedang menyusukan bayi di mana diet harian sahaja tidak mampu memberikan Vitamin C 

yang mencukupi. Chewable Vita-C dengan rasa limau dapat menyediakan Vitamin C setara 

1 1/2 buah oren. Ia ideal juga untuk kanak-kanak atau sesiapa sahaja yang sukar untuk 

menelan pil.











WANITA & KEPUTIHAN

Wanita amatlah sinonim dengan masalah keputihan. Masalah keputihan ini adalah kombinasi dari cairan dan sel yang terus keluar melalui vagina. Fungsi dari keputihan adalah untuk membersihkan dan melindungi vagina. Semasa kehamilan, masalah keputihan adalah normal.
Masalah keputihan yang abnormal adalah disebabkan oleh infeksi, bakteria vagina dan gejala monopouse. Walaupun tidak membahayakan, tetapi tetap dikhuatiri akan menular dan boleh menyebabkan kanser serviks dan rahim.

Ciri-ciri keputihan normal:
• Tidak berbau .
• Tidak disertai rasa sakit, gatal, panas, atau kemerahan.
• Bervariasi dengan usia, siklus menstruasi, dan kehamilan.
• Perubahan pada cairan vagina yang normal mungkin merupakan gejala dari infeksi vagina.
Ciri-ciri keputihan abnormal:

• Kehijauan, kekuningan, kental dan banyak
• Bau menyengat
• Kemerahan, gatal, terasa panas pembengkakan vagina atau vulva
• Perdarahan yang tidak ada hubungan dengan haid

Cara mengatasi masalah keputihan :

Saya antara wanita yang mempunyai masalah keputihan. Masalah keputihan betul-betul membuat saya tidak selesa untuk menjalani aktiviti seharian. Untuk mengatasi masalah keputihan ini, saya telah mencuba produk Shaklee dan ianya berkesan. Alhamdulillah sekarang masalah saya tidak berpanjangan dan saya sangat selesa dengan keadaan saya sekarang ini.

Antara produk Shaklee yang membantu mengatasi masalah keputihan adalah :

ALFALFA : Mengandungi klorofil yang bersifat antikulat
GLA COMPLEX : Menghalang kulat daripada merebak
GARLIC COMPLEX : Antibiotik semulajadi, antikulat dan membantu meningkatkan imun sistem badan

Nak dapatkan produk Shaklee, hubungi saya ye..

ASTIAZILYNA RABAT
SMS/WECHAT : 012-8970987
SID : 1108208


GARLIC COMPLEX

GARLIC COMPELX

Allisin adalah sebatian yang berasal daripada bawang putih dan berfungsi untuk tindakan yang berfaedah. Allisin tidak terdapat di dalam bawang putih biasa sebaliknya is dihasilkan apabila bawang putih tersebut dipotong halus atau dihancurkan. Bawang putih secara tradisinya digunakan untuk melegakan batuk, selsema dan membantu peredaran darah yang baik. Setiap tablet Garlic Shaklee mengandungi 500mg bawang putih.




GLA COMPLEX

GLA COMPLEX

GLA Complex Shaklee merupakan kombinasi minyak borage yang mengandungi asid gamma linollenik (GLA), asid linolenik (LA), minyak bunga matahari dan Vitamin E.

Menggalakkan rasa kelegaan semasa kitaran haid bulanan

Biasanya, asid gamma linolenik digunakan secara tradisional bagi melegakan kesakitan semasa datang haid, sakit kepala, mengatur kitaran haid dan melegakan tanda-tanda putusnya haid.


TIP RAWAT GASTRIK

Gastrik atau sakit perut yang melampau sudah menjadi kesihatan yang semakin popular di kalangan warga kota. Antara faktor yangmenyumbang kepada sakit gastrik ini adalah makanan segera yang kurang berkhasiat dan tekanan hidup yang dialami.

Masalah gastrik asid berlebihan ini adalah susah untuk ditangani kerana ianya seperti biskut chipsmore, ia boleh menyerang anda minggu ini dan kemudian hilang untuk beberapa minggu dan datang kembali secara tiba-tiba.

Saya ingin kongsikan petua untuk menghilangkan sakit gastrik secara semulajadi :

Sehelai pucuk betik yang tua.
Sedikit ibu kunyit
Ibu garam sebesar jari kelingking

Cara-caranya :

Tumbukkan ketiga-tiga bahan tadi sehingga lumat dan gaulkan dengan setengah cawan cair. Tapis air tersebut dan minum.

Untuk pengetahuan semua, ESP Shaklee pun boleh membantu anda yang mengalami sakit gastrik tau..ESP Shaklee bersifat alkali yang membantu mengurangkan asid dari gastrik. Jom baca ESP Shaklee untuk mengetahui khasiat ESP ni..

Berminat untuk dapatkan ESP Shaklee, hubungi saya ye..

ASTIAZILYNA RABAT
SMS/WECHAT:012-8970987
SID:1108208



AMALAN MINUM AIR KOSONG

Amalan minum air putih atau air kosong mempunyai banyak manfaat. Masa terbaik untuk minum air kosong adalah senaik bangun dari tidur. Untuk memastikan keberkesanannya, amalan yang betul minum air kosong sebaik bangun dari tidur adalah : Manfaat meminum air putih/kosong:

1-minum 2 gelas air masak SELEPAS BANGUN TIDUR. ianya membantu mengaktifkan organ dalaman.


2-minum segelas air masak 30 MINIT SEBELUM MAKAN. ianya membantu penghadaman dan membuat perut lebih bersedia memberi ruang untuk kemasukan makanan.


3-minum segelas air masak SEBELUM MANDI. ianya membantu pengaliran darah danmengurangkan tekanan darah.


4-minum segelas air masak SEBELUM TIDUR. ianya dapat mengelakkan strok dan terkena sakit jantung ketika tidur.

Minum air kosong yang secukupnya pada setiap hari dapat meneutralis racun dalam tubuh. Ia turut membantu membakar lemak dan membersihkan racun dalam ginjal.


Kesimpulannya kita sangat2 digalakkan untuk minum air masak sekerap yang boleh dengan kadar yang secukupnya untuk kesihatan badan kita. Dan masa yang dinyatakan di atas adalah masa yang baik untuk minum air.