Wednesday, May 21, 2014

TIP MENJAGAAN SENDI DAN OTOT

Anda sering mengalami sakit sendi dan otot @ARTHRITIS?belum tua lagi dah sakit sendi dan otot ker???hehe..saya pun sering jugak mengalami sakit sendi dan otot ni..terutama selepas bersalin..mungkin cara hidup saya dulu kot yang gemar bersukan terutamanya bola jaring dan badminton..lulut ni pun memang dah tercedera semasa bersukan  dulu..

Orang selalu kaitkan sakit sendi dan otot ni dengan orang yang dah berumur a.k.a tua..tak semestinya la dek..kanak-kanak pun da juga diserang arthritis namun sakit sendi yang menyerang kanak-kanak tidak sama dengan dewasa..Ia menyerang semua orang tanpa mengira usia dan jantina, terutama wanita dan individu gemuk..
Sakit sendi dan otot atau ARTHRITIS adalah satu lagi masalah lazim ramai yang menyerang mana-mana bahagian sendi badan, dengan simptom otot dan sendi menjadi BENGKAK, MERAH, PANAS, TEGANG, SAKIT dan SUSAH DIGERAKKAN. Arthritis merujuk kepada keradangan teruk pada satu atau lebih sendi yang selalunya berlanjutan melebihi enam minggu.

PENYEBAB UTAMA ARTHRITIS
  • Peningkatan usia
  • kurang aktiviti bersukan
  • keturunan
  • berlaku kejadian hingga sendi atau otot rosak



Untuk mengatasi masalah sakit sendi, penjagaan tisu tulang rawan amat penting. Tulang rawan adalah tisu perlindungan disekeliling pertembungan dua tulang, yang bertindak sebagai kusyen dan penyerap hentak bagi memberikan pergerakan sendi yang bebas tanpa kesakitan. Malangnya, pertambahan usia dan kecederaan pada sendi sering menyebabkan kerosakan pada tulang rawan, sehingga berlakunya serangan arthritis seperti ostreoartrisis, reaumatoid dan ghout.
Osteoartrisis adalah kesakitan sendi yang menyerang terutama warga tua, mereka yang gemuk atau yang pernah mengalami cedera sendi. Ia lebih ketara kepada bahagian sendi utama yang menampung berat badan seperti lutut, pinggul, tulang belakang berbanding sendi siku, bahu dan pergelangan tangan. Ia boleh bertambah teruk jika terdedah kepada kesan terlebih guna seperti kerja berat dan bersukan sehingga rasa sakit, bengkak, kejang dan hilang daya fungsi seperti lutut tidak dapat mencangkung. Jika serius, ia boleh mengubah bentuk badan seperti jari dan lutut menjadi bengkok.
Reumatic adalah penyakit yang sering berlaku pada sendi kecil di tangan dan kaki, boleh merebak keseluruh badan termasuk sendi. Ia bersimptom seperti kekejangan waktu pagi, sendi membengkak dan kesakitan walaupun sendi tersebut tidak digunakan (seperti waktu rehat).

Sakit sendi boleh dicegah dengan melakukan senaman berterusan dan mengambil makanan seimbang, elakkan minuman beralkohol.

Selain itu, saya ingin kongsikan produk Shaklee Advance Joint Health Tablet dan Ostematrix yang boleh  membantu mengurangkan sakit sendi dan otot anda..


Berminat dengan produk Shaklee, hubungi saya yer..

ASTIAZILYNA RABAT
012-8970987 (SMS/WECHAT)



CARA MENGURUSKAN URI

Assalamualaikum..

Saat anak selamat dilahirkan adalah saat yang paling mengembirakan bagi ibubapa..Tentunya ibubapa inginkan anak membesar dengan sihat dan menjadi insan yang berguna suatu masa nanti..Biasanya uri akan diuruskan oleh mak bidan tetapi kalau sendiri nak uruskan uri itu pun boleh..Di sini saya ingin kongsikan cara-cara menguruskan uri selepas bayi dilahirkan..

Cara menguruskan uri

1) Mulakan dengan baca Bismillahirahmannirrahim.

2) Cuci bersih-bersih hilangkan darah-darah. Jangan guna sabun/shampoo.

3) Bilas dengan air bersih sambil berselawat dan doa yang baik-baik (Untuk pastikan uri tersebut bersih dan suci)

4) Cuci uri dengan garam. Lumurkan garam dan cuci bersih-bersih.

5) Cuci uri dengan asam jawa. Lumurkan asam jawa dan cuci bersih-bersih. (Untuk hilangkan bau hanyir darah)

6) Perahkan 4 biji limau ke atas uri hingga naik bau limau dan untuk harumkan uri.

7) Letakkan dalam plastik/bekas mudah reput seperti plastic tesco/kotak mudah reput, letak garam kasar dan asam keping. Ikat seperti sup bunjut.

***Mengurangkan bau hanyir yang menaruk perhatian binatang, yang mungkin akan menggali uri ini nanti 

8) Letak dalam kain putih dan ikat kemas-kemas seperti sup bunjut.

9) Gali tanah sedalam mungkin, agak-agak tidak dibau/dikesan dan dikorek anjing nanti atau binatang –binatang lain nanti

10) Baca Bismillahirahmannirrahim dan selawat semasa letakkan uri dalam dalam dan timbus.

11) Tanam ditempat yang bersih dan selamat. Contohnya perkarangan surau/masjid.

12) Letak batu sebagai tanda bagi memastikan tidak digali oleh anjing dan binatang2 lain.

13) Jangan di letak lilin dan barangan sebagainya yang boleh mendatangkan syirik dan khurafat.

Hukum menanam uri adalah HARUS. (JAKIM). Uri tersebut perlu dibasuh dan ditanam di dalam tanah supaya ia tidak dimakan oleh haiwan. Uri orang-orang Islam adalah suci dan dengan itu tidak boleh di bakar atau dijual. Mana-mana orang Islam yang melahirkan anak di hospital dikehendaki membawa balik uri-uri itu untuk di tanam di tempat masing-masing. Amalan menanam uri bayi dengan lada hitam, paku, pensil dan sebagainya adalah amalan khurafat.