Wednesday, June 4, 2014

SET KECANTIKAN KULIT


KEBAIKAN PEYUSUAN SUSU IBU

Anda pernah berniat untuk menyusukan sepenuhnya bayi anda? Perlukan bantuan? Meh saya ceritakan kebaikan yang ibu dan bayi dapat hasil penyusuan bayi sepenuhnya..


Para ibu digalakkan untuk menyusukan bayi mereka sepenuhnya sekurang-kurangnya 6 bulan dan meneruskan penyusuan sehingga umur kanak-kanak 2 tahun. Pihak Kementerian Kesihatan juga sering mengadakan kempen Hari Penyusuan Ibu untuk melaksanakan saranan tersebut..Mungkin pada masa sekarang kekangan untuk ibu-ibu yang bekerja dan terpaksa meninggalkan anak dengan pengasuh menjadikan niat tersebut terbatal..jangan risau yer..sekarang banyak peralatan untuk menyimpan susu ibu untuk bekalan bayi sepanjang hari..cuma usaha kena lebih la sebab kena pam susu dan simpan untuk anak sepanjang hari..

Antara kebaikan susu ibu kepada bayi adalah :

  • Susu ibu adalah makanan terbaik untuk bayi kerana mengandungi kesemua zat-zat makanan yang penting untuk tumbesaran
  • Mengandungi zat khusus untuk perkembangan otak
  • Susu pertama (kolustrum) kaya dengan antibodi semulajadi yang penting untuk melindungi bayi daripada penyakit-penyakit berjangkit
  • Mengurangkan risiko untuk mendapat kolik dan ketidakhadaman


Kebaikan susu ibu kepada ibu pula adalah :

  • Mengeratkan kasih-sayang
  • Membantu mengecutkan rahim dan mengelakkan tumpah darah selepas bersalin
  • Mengurangkan risiko mendapat barah buah dada dan ovari
  • Menyusuan susu ibu sepenuhnya merupakan kaedah untuk menjarakkan kelahiran
  • Ekonomikal


Di Shaklee, kami juga ada menyediakan set pantang & penyusuan khas untuk ibu-ibu yang berazam untuk menyusukan bayi mereka sehingga 2 tahun..Kami juga menyediakan eBook Ekslusif secara percuma kepada pelanggan di mana kami akan membantu dan memberi tips bagaimana untuk menghasilkan susu ibu yang banyak bagi merealisasikan impian ibu-ibu yang ingin menyusukan bayi sepenuhnya..


Adt NY Rabat
Pengedar Sah Shaklee
SID:1108208

NO.HP:012-8970987






Wednesday, May 21, 2014

TIP MENJAGAAN SENDI DAN OTOT

Anda sering mengalami sakit sendi dan otot @ARTHRITIS?belum tua lagi dah sakit sendi dan otot ker???hehe..saya pun sering jugak mengalami sakit sendi dan otot ni..terutama selepas bersalin..mungkin cara hidup saya dulu kot yang gemar bersukan terutamanya bola jaring dan badminton..lulut ni pun memang dah tercedera semasa bersukan  dulu..

Orang selalu kaitkan sakit sendi dan otot ni dengan orang yang dah berumur a.k.a tua..tak semestinya la dek..kanak-kanak pun da juga diserang arthritis namun sakit sendi yang menyerang kanak-kanak tidak sama dengan dewasa..Ia menyerang semua orang tanpa mengira usia dan jantina, terutama wanita dan individu gemuk..
Sakit sendi dan otot atau ARTHRITIS adalah satu lagi masalah lazim ramai yang menyerang mana-mana bahagian sendi badan, dengan simptom otot dan sendi menjadi BENGKAK, MERAH, PANAS, TEGANG, SAKIT dan SUSAH DIGERAKKAN. Arthritis merujuk kepada keradangan teruk pada satu atau lebih sendi yang selalunya berlanjutan melebihi enam minggu.

PENYEBAB UTAMA ARTHRITIS
  • Peningkatan usia
  • kurang aktiviti bersukan
  • keturunan
  • berlaku kejadian hingga sendi atau otot rosak



Untuk mengatasi masalah sakit sendi, penjagaan tisu tulang rawan amat penting. Tulang rawan adalah tisu perlindungan disekeliling pertembungan dua tulang, yang bertindak sebagai kusyen dan penyerap hentak bagi memberikan pergerakan sendi yang bebas tanpa kesakitan. Malangnya, pertambahan usia dan kecederaan pada sendi sering menyebabkan kerosakan pada tulang rawan, sehingga berlakunya serangan arthritis seperti ostreoartrisis, reaumatoid dan ghout.
Osteoartrisis adalah kesakitan sendi yang menyerang terutama warga tua, mereka yang gemuk atau yang pernah mengalami cedera sendi. Ia lebih ketara kepada bahagian sendi utama yang menampung berat badan seperti lutut, pinggul, tulang belakang berbanding sendi siku, bahu dan pergelangan tangan. Ia boleh bertambah teruk jika terdedah kepada kesan terlebih guna seperti kerja berat dan bersukan sehingga rasa sakit, bengkak, kejang dan hilang daya fungsi seperti lutut tidak dapat mencangkung. Jika serius, ia boleh mengubah bentuk badan seperti jari dan lutut menjadi bengkok.
Reumatic adalah penyakit yang sering berlaku pada sendi kecil di tangan dan kaki, boleh merebak keseluruh badan termasuk sendi. Ia bersimptom seperti kekejangan waktu pagi, sendi membengkak dan kesakitan walaupun sendi tersebut tidak digunakan (seperti waktu rehat).

Sakit sendi boleh dicegah dengan melakukan senaman berterusan dan mengambil makanan seimbang, elakkan minuman beralkohol.

Selain itu, saya ingin kongsikan produk Shaklee Advance Joint Health Tablet dan Ostematrix yang boleh  membantu mengurangkan sakit sendi dan otot anda..


Berminat dengan produk Shaklee, hubungi saya yer..

ASTIAZILYNA RABAT
012-8970987 (SMS/WECHAT)



CARA MENGURUSKAN URI

Assalamualaikum..

Saat anak selamat dilahirkan adalah saat yang paling mengembirakan bagi ibubapa..Tentunya ibubapa inginkan anak membesar dengan sihat dan menjadi insan yang berguna suatu masa nanti..Biasanya uri akan diuruskan oleh mak bidan tetapi kalau sendiri nak uruskan uri itu pun boleh..Di sini saya ingin kongsikan cara-cara menguruskan uri selepas bayi dilahirkan..

Cara menguruskan uri

1) Mulakan dengan baca Bismillahirahmannirrahim.

2) Cuci bersih-bersih hilangkan darah-darah. Jangan guna sabun/shampoo.

3) Bilas dengan air bersih sambil berselawat dan doa yang baik-baik (Untuk pastikan uri tersebut bersih dan suci)

4) Cuci uri dengan garam. Lumurkan garam dan cuci bersih-bersih.

5) Cuci uri dengan asam jawa. Lumurkan asam jawa dan cuci bersih-bersih. (Untuk hilangkan bau hanyir darah)

6) Perahkan 4 biji limau ke atas uri hingga naik bau limau dan untuk harumkan uri.

7) Letakkan dalam plastik/bekas mudah reput seperti plastic tesco/kotak mudah reput, letak garam kasar dan asam keping. Ikat seperti sup bunjut.

***Mengurangkan bau hanyir yang menaruk perhatian binatang, yang mungkin akan menggali uri ini nanti 

8) Letak dalam kain putih dan ikat kemas-kemas seperti sup bunjut.

9) Gali tanah sedalam mungkin, agak-agak tidak dibau/dikesan dan dikorek anjing nanti atau binatang –binatang lain nanti

10) Baca Bismillahirahmannirrahim dan selawat semasa letakkan uri dalam dalam dan timbus.

11) Tanam ditempat yang bersih dan selamat. Contohnya perkarangan surau/masjid.

12) Letak batu sebagai tanda bagi memastikan tidak digali oleh anjing dan binatang2 lain.

13) Jangan di letak lilin dan barangan sebagainya yang boleh mendatangkan syirik dan khurafat.

Hukum menanam uri adalah HARUS. (JAKIM). Uri tersebut perlu dibasuh dan ditanam di dalam tanah supaya ia tidak dimakan oleh haiwan. Uri orang-orang Islam adalah suci dan dengan itu tidak boleh di bakar atau dijual. Mana-mana orang Islam yang melahirkan anak di hospital dikehendaki membawa balik uri-uri itu untuk di tanam di tempat masing-masing. Amalan menanam uri bayi dengan lada hitam, paku, pensil dan sebagainya adalah amalan khurafat.

Tuesday, April 22, 2014

TIPS JAGA BERAT BADAN

Siapa yang tak nak bentuk badan yang cantik kan...hehe..kalau nak, usaha pun kena jugak la..tak boleh nak harapkan supplement untuk kurus jer..kena la amalkan pemakanan yang sihat dan senaman jugak..Kalau anda betul-betul nak jaga berat badan anda, terutamanya ibu yang telah melahirkan anak dan berat badan telah naik bertingkek-tingkek..jom..kita amalkan tips untuk jaga berat badan nie..

1. Mulakan hari anda dengan menu dan jumlah sarapan yang mencukupi. Ini akan membantu mengurangkan jumlah kalori sepanjang hari.
2. Pastikan setengah hidangan untuk makan tengahari dan makan malam mengandungi sayuran dan buah-buahan
3. Makanlah sedikit sebelum anda menghadiri majlis makan malam. Ambillah telur rebus, epal dan minumlah teh sebelum ke majlis tersebut. Ini akan mengurangkan nafsu makan di majlis itu
4. Tambahkan satu hidangan untuk buah-buahan dan sayuran pada menu anda. Jika anda sudah lakukan, anda boleh tambahkan hidangan ini sehingga lapan hidangan sehari untuk sayuran dan buah-buahan.
5. Untuk setiap hidangan, jangan sesekali menggunakan pinggan yang besar. Gunalah piring salad setiap kali anda makan tengahari dan makan malam
6. Ambillah hidangan sup yang lebih banyak. Sup biasanya rendah kalori dan membuatkan anda cepat kenyang.
7. Bawalah bekal ke pejabat. Ini untuk membantu mengelakkan anda makan tengahari secara berlebihan.
8. Cubalah untuk tidak mengambil gula selama dua minggu. Mesti rasanya luar biasa dan menutup nafsu makan anda. Namun, jika anda bertahan, pasti akan menjadi kebiasaan.
9. Jangan ‘jadikan’diri anda gemuk dengan ‘memenuhi’ permintaan perut.Anda masih boleh mengambil 600 kalori dengan biskut atau bijirin tanpa anda sedari.
10. Jika anda suka mengunyah ketika stres, inilah masanya untuk berubah. Anda harus fokus mencari cara lain yang lebih sihat. Carilah jalan untukmengatasi stres tanpa melibatkan makanan.
11. Berusahalah untuk mengambil menu rendah kalori sebelum mengambil hidangan lain. Mulakan dengan salad, sayuran dan sup. Apabila tiba pada makanan utama, sudah tentu perut anda penuh untuk menerima menu tinggi kalori
12. Ambillah sarapan pagi, makan tengahari dan makan malam. Sebahagian dari anda suka hobi makan di tengah malam. Ini adalah cara mereka yang makan tidak teratur atau suka mengambil makanan tidak seimbang.
13. Jadikan makanan sebagai hidangan yang mempunyai tujuan iaitu ‘hidup sihat’. Nikmatilah makanan itu dan yakin bahawa makanan itu akan memberikan nutrisi pada badan anda.
14. Ubahlah jadual makan malam anda. Kalau kebiasaan anda suka mengunyah, cubalah kurangkan sedikit demi sedikit. Lama kelamaan ia akan membuatkan tangan dan fikiran andalupa pada snek malam.
15. Jadikan aerobik sebagai aktiviti yang menyenangkan. Ajaklah keluarga untuk bergerak dengan muzik kegemaran anda
16. Tulis di atas sekeping kertas ‘tutup selepas makan malam’. Tampalkan di pintu peti
17. Gosoklah gigi selepas waktu makan malam. Ini untuk mengingatkan anda bahawa waktu makan sudah habis.
18. Bersenamlah dan jadikan ia sebagai kegiatan yang menyihatkan.
19. Makanlah ketika tiba waktu makan. Jangan sesekali melakukan perkara lain pada waktu makan seperti membaca, menonton televisyen atau melayari internet.
20. Sebelum anda membeli belah, berjalanlah sebanyak tiga pusingan di pusat membeli belah tersebut.

Monday, April 21, 2014

TIPS RAWAT SENGGUGUT

Anda selalu senggugut? Sesetengah wanita akan mengalami senggugut ketika didatangi haid. Ia adalah sakit kejang yang hadir di bahagian pinggang. Kita boleh hilang tumpuan semasa melakukan aktiviti atau pekerjaan jika senggugut datang dan memang akan mengganggu emosi wanita berkenaan.


Antara petua yang boleh diamalkan untuk mengelakkan dari sakit senggugut ini menyerang ketika datang haid adalah :

1. Minum air kerap
Air sebenarnya membantu dalam mengelakkan sakit senggugut ketika haid. Air suam ataupun panas, kedua-duanya baik untuk melegakan kekejangan kerana ia melancarkan perdaran darah dan boleh merehatkan otot yang kejang.

2. Elak kafein
Kurangkan atau sebaiknya hentikan seketika mengambil kafein dapat mengurangkan senggugut dan tekanan ketika haid. Minum teh chamomile untuk meredakan senggugut.


3. Pemanas
Tuam pad/kantung pemanas di bahagian abdomen dan bahagian bawah belakang badan dapat melegakan kesakitan senggugut secara berkesan seperti mengambil pil tahan sakit. Jika anda tidak mempunyai kantung air panas atau pad pemanas, mandi dengan air suam atau gunakan tuala yang direndamkan dengan air panas.


4. Bersenam
Akitivi bersenam sebelum atau ketika datang haid semestinya membuatkan anda rasa malas dan tidak mungkin kerana kekejangan yang dialami anda sudah cukup buat anda rasa sakit. Namun, sebenarnya jika anda melakukan aktiviti yoga atau aerobik ia dapat melancarkan peredaran darah dalam tubuh badan, dan ini boleh terhasilnya endorfin yang dapat mengurangkan senggugut.

5. Air halia
Halia dipercayai membantu dalam menyembuhkan demam, simptom selesema, sakit kepala, dan senggugut. Hiris halia, campur ke dalam secawan air panas dan minum untuk melegakan senggugut.

Mengandungi asid gamma linolenik digunakan secara tradisional bagi melegakan kesakitan semasa datang haid. 

Nak dapatkan produk Shaklee, hubungi saya yer..

ASTIAZILYNA RABAT
SMS/WECHAT : 012-8970987

PETUA WAJAH BERSERI-SERI

Selalunya saya kongsikan tips bermasker untuk dapatkan kulit wajah yang cerah berseri..tapi kali ini saya nak kongsikan beberapa petua yang kita boleh amalkan bersama untuk mendapatkan wajah yang berseri..

5 Petua untuk Mendapatkan Wajah Yang Berseri:
1. Sentiasa senyum dan bersangka baik dengan orang lain
2. Sentiasa berwuduk.
3. Cuci muka sebelum tidur dengan air bersih.
4. Amalkan berselawat 3 kali, kemudian tiup ke atas bedak muka setiap kali sebelum berbedak dan membaca doa ini; “Ya Allah, serikanlah wajahku agar yang memandang berasa senang denganku”
5. Ketika bersolek di depan cermin ,baca doa ini; “Ya Allah, sebagaimana Kau cantikkan wajahku maka perelokkanlah pekertiku”
Sama-samalah kita kongsikan dan amalkan yer..inshaAllah dengan izinNya...